“Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Bagaimana hendak meningkatkan keyakinan anda? Mainkan lagu di atas tadi berpuluh-puluh kali di dalam kepala anda!;) Katakan kepada diri anda sendiri berkali-kali bahawa “You can do it!”


Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usaha mu tidak menentu

Jika kau fikirkan kegagalan
Kau hampiri kekalahan
Jika kau fikirkan kejayaan
Kau hampiri kemenangan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Bertindak atas kemahuan
Engkau boleh!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Berfikir boleh melakukan
Engkau boleh!