Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Kita percaya dan yakin, satu-satu usaha dan gerakkerja yang murni ini dipermudahkan selari dengan "Jadual Allah" dimana tiba masanya kini kita semua berada pada "Era Kasih Sayang" .

Berikut adalah terjemahan Al-Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 24,25 dan 26.

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup."

Surah Ibrahim ayat ke 24,25 dan 26.
Projek 1# Pengumpulan Dana Akademi IQ An Najihah (AIQAN)
Akademi IQ An Najihah (AIQAN) adalah sebuah institusi pendidikan peringkat menengah yang berorientasikan Pengajian Al Quran dan Bahasa Arab serta akademik yang digabung secara integrasi berpandukan sukatan pelajaran dan Kurikulum Sekolah Menengah Agama Kementerian Pelajaran (SMKA) dan Kurikulum Institut Tahfiz Al Quran (ITQAN) kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Gemencheh.
Maklumat lanjut [Klik]